Menu
Masjid Mukim Razaleigh SejarahMasjid ini dipercayai dibina sebelum tahun 1940-an menggunakan binaan kayu. Masjid ini juga merupakan masjid bandar (masjid kepala jajahan) dan masjid pertama di Gua Musang sebelum terbinanya Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra.
Masjid ini juga menjadi saksi kekejaman komunis menguasai Tanah Melayu di mana seorang wanita mengandung dibunuh oleh askar komunis dan terpaksa dikebumikan di sebelah masjid (ketika itu masih dengan binaan kayu) sebelum ahkirnya kubur tersebut masuk ke dalam ruang solat tatkala proses baikpulih dan perluasan masjid[3].
Pada waktu itu masjid berkenaan dibina dengan kayu dan hanya mampu menampung hanya kurang 100 jemaah sahaja sebelum diubah suai 50 tahun kemudian untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah ramai menyebabkan kedudukan pusara Allahyarham berada di dalam ruang solat masjid sehingga sekarang[4].
Pusara tidak dialihkan bertujuan untuk menjadi renungan dan menjadi bukti sejarah terhadap kekejaman komunis.
Tahun demi tahun berlalu, madrasah berkenaan dinaik taraf menjadi masjid dan diperbesarkan dari semasa ke semasa sehingga menyebabkan kubur Nik Mah berada dalam ruang solat masjid seperti mana yang dapat disaksikan pada hari ini.
Pada 7 Februari 1978, bangunan masjid yang baharu dibina di atas tapak yang sama bagi menggantikan bangunan kayu yang lama ( ketika itulah kubur wanita tersebut dimasukkan ke dalam ruang solat utama). Masjid tersebut dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Menteri Kewangan Malaysia pada ketika itu.Masjid tersebut kemudian dinamakan sempena nama beliau kerana sebelum ini, nama masjid itu hanyalah : Masjid Pekan Gua Musang, Ulu Kelantan (sebagaimana terdapat pada kapsyen gambar kulit majalah Pengasuh pada awal 80-an).
Gambar menunjukkan Masjid Mukim Razaleigh sekitar tahun 1980-an dalam halaman kulit majalah Pengasuh. Perhatikan menaranya yang lebih rendah dan kubah di atas bumbung serta bahagian koridor yang bercantum dengan menara tersebut.Menurut imam masjid tersebut, dahulu kubur tersebut dipagar dengan besi dan dapat dilihat secara jelas. Namun, atas saranan seorang mufti, kubur ini ditutup dengan kotak kayu supaya tidak menganggu tumpuan jemaah yang singgah bersolat.[5]
Pada Mac 2012, YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah telah mengemukakan cadangan kepada ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah untuk membaik pulih masjid lama yang telah uzur dan sering dinaiki air saban tahun. Mereka kemudiannya bersetuju untuk membina masjid baharu di tapak balai polis lama yang terletak kira-kira 500 meter dari tapak asal[6].
Bangunan Masjid Razaleigh yang baharu dibina kerana bangunan yang lama tidak lagi mampu menampung tambahan jemaah yang semakin meningkat saban tahun. Hal ini kerana pertambahan penduduk di bandar Gua Musang sejak awal 2000-an dengan wujudnya taman perumahan baru antaranya Bandar Utama, Taman Cindai dan banyak lagi perumahan lain di dalam mukim Bandar Baru. Sebelum terbinanya masjid yang yang baharu, para jemaah dari taman perumahan tersebut serta seluruh kawasan bandar dan sekitarnya meliputi Kg Tanah Puteh hingga ke Bandar Utama, dari Chin Teck hingga ke Kg Kundor terpaksa bersolat jumaat di Masjid Tengku Muhamad Faiz Petra. Dengan terbinanya masjid tersebut, dapatlah ia menampung lebih ramai jemaah dari anak mukim Bandar Lama untuk solat di masjid mukim mereka sendiri. Selain masjid ini, ada beberapa masjid lain di Gua Musang yang sedang dinaiktaraf. Antaranya, Masjid Taman Wangi, Masjid Nur Iman Taman Damar - Kesedar Jaya, Masjid Al-Muqarrabin Kg Kundur dan Masjid At-Taqwa Kg Lembaga. Terdapat juga masjid yang masih dalam peringkat cadangan iaitu Masjid Kg Tanah Puteh.
Selain itu, masjid lama tidak lagi sesuai untuk solat jumaat kerana tiada tempat letak kenderaan yang mencukupi bagi menampung kehadiran jemaah yang terlau ramai; memandangkan masjid tersebut terletak di celah-celah petempatan di Bandar Lama. Parkir yang sedia ada juga terletak agak jauh dari masjid. Ianya menyukarkan para jemaah lebih-lebih lagi jika membawa kereta.
Masjid yang lama tidak sesuai digunakan kerana masjid tersebut sering dilanda banjir. Kedudukan masjid yang terletak di tepi Sungai Galas juga mendedahkan masjid kepada risiko banjir dan tanah runtuh di tebing sungai. Banjir yang berlaku saban tahun menyebabkan masjid dan peralatannya rosak dan sering diganti dengan yang baharu. Banjir paling teruk berlaku pada akhir 2014 (dua tahun selepas cadangan naiktaraf diutarakan) yang menenggelamkan masjid dan mengakibatkan kerugian yang besar. Oleh sebab itu, banjir pada tahun tersebut menjadi faktor terbesar pembinaan masjid baharu kerana kemungkinan besar banjir akan berlaku lagi pada masa akan datang[7]
Masjid baharu ini mula dibina pada akhir 2016. Masjid yang berkeluasan 99,000 kaki persegi ini bernilai lebih RM32 juta. Masjid ini dibina menyerupai model Masjidil Haram di Makkah yang mana idea tersebut datang daripada YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang sendiri. Masjid dengan rekaan unik dan menarik menggunakan bahan binaan berkualiti tinggi termasuk jubin. Ia dibina di atas tapak Balai Polis Lama Gua Musang seluas 1.5 hektar. Bangunan baharu dijangka mampu menampung sehingga 3,500 orang jemaah (termasuk kawasan halaman masjid). Masjid baharu ini dilengkapi sembilan buah menara setinggi 30 meter dan lapan buah kubah mirip Masjidil Haram di Makkah[8]. Masjid ini juga mempunyai dua mihrab, halaman menyerupai mataf (tempat tawaf) yang bernama As-Sahn Asy-Syarif (الصحن الشريف)serta mempunyai 15 buah pintu iaitu:
Memandangkan masjid ini menyerupai Masjidil Haram yang juga digelar Al-Haram Al-Makki (الحرم المكي), maka masjid baharu ini juga digelar Al-Haram Al-Ghari (الحرم الغاري الشريف) sempena nama Gua Musang itu sendiri.[9]
Menu
Masjid Mukim Razaleigh SejarahBerkaitan
Masjid Masjid al-Aqsa Masjid al-Haram Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Masjid Nabawi Masjid Sri Sendayan Masjid Jamek, Kuala Lumpur Masjid Tanah Masjid Negara Masjid Sultan AhmedRujukan
WikiPedia: Masjid Mukim Razaleigh http://076115masjid.blogspot.my/2009/04/masjid-tel... http://ii.islam.gov.my/mosque/detailed.php?id=3093 http://masjid.islam.gov.my/index.php?data=aW5mby1t... http://www.jaheaik.gov.my/v6/index.php?lang=ms http://mdgm.kelantan.gov.my/index.php/pelawat/dest... https://msomelayu.blogspot.com/2012/04/catatan-akh... https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=391683... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/08/490632/sol... https://suaramerdeka.com.my/pusara-dalam-masjid-bu... https://www.utusan.com.my/berita/2020/08/kubur-wan...